"apa dia?" saya mahu tahu.
"apa hikmahnya Allah beri saya terlihat dan terpandang kelemahan ayah serta ibu?" soalnya jujur.
"hmm. bagi seorang anak yang 'bahagia', apa hendak semua dapat, semuanya elok-elok belaka. kamu rasa dia sedar tak dengan satu kelemahan yang boleh berlaku pada dirinya?" saya menjawab dengan soalan.
"tidak. apa dia ustaz?" dia sedikit kebingungan.
"dia tidak biasa dengan kekurangan. dan tidak biasa menguruskan kelemahan. jika dia tidak sedar dengan hal itu, bersediakah dia untuk menghadapi kekurangan suaminya apabila dia berkahwin nanti? bersediakah dia untuk menghadapi kekurangan anak-anaknya apabila dia menjadi ibu nanti? kamu rasa bagaimana?"
"mungkin bersedia. mungkin tak bersedia. entah!" kata remaja itu.
"tapi kamu, kerana sudah belajar menerima dan menguruskan kekurangan ibu bapa, kamu bersedia tak andai kata suami kamu nanti ada kekurangan, anak-anak ada kekurangan?" saya menyambung, tanya.
"bersedia!" katanya dengan yakin.
"rupa-rupanya, kekurangan ibu dan bapa kamu itu, adalah didikan Allah untuk menjadikan kamu manusia hebat satu hari nanti. insyaAllah. kamu yakin?" saya membuat kesimpulan.
petikan dari MURABBI CINTA- HASRIZAL ABD. JAMIL
#DIDIKAN ALLAH UNTUK BAKAL MANUSIA HEBAT (hlmn. 28-33)
petikan di atas sudah cukup untuk membuat saya terfikir. Allah tak izinkan sesuatu perkara itu berlaku tanpa sebab. Kita sebagai manusia, samada yang mengalaminya, atau hanya berwatak pemerhati. perlu membuat penilaian.





![[image-35-2.gif]](http://2.bp.blogspot.com/_qkB4OOF1W4o/Rmn74Uz5skI/AAAAAAAAAPM/Obr9JoOM8Yc/s1600/image-35-2.gif)

